Sejarah Samsung Commercial Vehicles

Pada tahun 1992, Samsung mendapat kebenaran untuk menubuhkan kilang alat berat melalui Samsung Heavy Industries, dengan bantuan teknologi dari Nissan Diesel.[8][9] Pada tahun 1994, pemerintah daerah mengeluarkan semua permohonan rasmi yang diperlukan,[6] walaupun sebenarnya Samsung Heavy Industries telah memasang trak sejak Mei 1993,[3] dan juga menghasilkan prototaip kereta elektrik antara tahun 1993 dan 1994 (SEV-I, SEV-II, dan SEV-III).[10] Pada tahun 1996, Samsung Commercial Vehicles dipisah dari Samsung Heavy Industries[11][12][13] dan pada tahun yang sama juga mula membangunkan kilang kendaraan di Daegu.[3][5][6] Pembuatan trak kemudian dipindahkan dari Changwon ke kilang baru tersebut pada akhir tahun 1997.[14] Syarikat kemudian membuka pusat perkhidmatan teknikal di Pyeongtaek.[3] Perniagaan pembuatan alat berat Samsung Heavy Industries, yang terutama menghasilkan penggali, kemudian dijual kepada Volvo pada {512 juta} pada Julai 1998, berikutan krisis kewangan Asia. Nama perniagaan itu kemudian diubah menjadi "Volvo Construction Equipment Korea" dengan Samsung hanya memegang 13% perniagaan, dan menerima sejumlah pembayaran kerana Volvo ingin menggunakan jenama "Samsung" untuk tiga tahun akan datang.[15] Perniagaan pengeluaran forklift kemudian dijual kepada Clark Material Handling Company,[16] yang sebelumnya telah melesenkan reka bentuk forklift Samsung sejak 1986, setelah pakatan OEM dibentuk secara rasmi pada tahun 1984.

Krisis kewangan Asia kemudian berlaku ketika Samsung Commercial Vehicles memasarkan produk pertamanya.[13][17] Samsung kemudian menjual perniagaan pengeluaran kenderaan (Samsung Motors) kepada Renault,[17] namun, setelah berunding dengan Renault VI,[18] Scania[19], dan Volvo,[20] Samsung akhirnya memutuskan untuk membatalkan penjualan tersebut.[17] Salah satu model trak yang dihasilkan, iaitu Samsung SV110 dengan mesin diesel 2,7 liter dan JBB 3,5 tan juga dijual ke luar Korea Selatan, seperti Itali, Turki, dan Poland.[21] SV110 juga dijual di Jepun dan dieksport ke 26 negara.[22] Pada April 2000, syarikat ini dan SsangYong Motor menandatangani perjanjian untuk menjual trak bersama-sama.[23] Model trak lain, SM510, dijual di United Kingdom pada 1999.[24]

Antara tahun 1997 dan 1999, syarikat tersebut hanya dapat menguasai 4% bahagian pasaran kenderaan komersial di Korea Selatan, sehingga sukar mencapai skala ekonomi. Syarikat itu juga kehilangan wang dalam tempoh tersebut, dan meneruskan perniagaannya dengan sokongan sekutu kewangan Samsung.[25] Pada Oktober 2000, produksi trak di kilang milik syarikat ini di Daegu dihentikan, didakwa kerana mengalami masalah dalam mendapatkan mesin baru dari Nissan. Rancangan untuk pengeluaran akan dilanjutkan kembali pada Mei 2001.[26] Pada awal November 2000, Samsung mengumumkan bahawa ia akan menjual aset Samsung Commercial Vehicles untuk membayar hutang dan memindahkan pekerjanya,[19] selepas tekanan dari pemiutang bank.[2] Pada akhir tahun 2000, Samsung Commercial Vehicles secara rasmi diisytihar muflis.[4][7] Semua asetnya lalu dijual dan para pegawainya dipindah ke anak usaha Samsung Group yang lain.[4][27][28]

Penutupan Samsung Commercial Vehicles, bersama dengan kebangkrapan Daewoo Motors juga melemahkan keadaan ekonomi Daegu.[29] Kebangkrapan Samsung Commercial Vehicles juga menyebabkan dakwaan dan tuduhan penipuan[30][31] dan pemusnahan bukti dari pengurus tertentu.[32][33]

Pembubaran syarikat ini selesai secara rasmi pada tahun 2002.[1][4]

Rujukan

WikiPedia: Samsung Commercial Vehicles http://www.autonews.com/article/19940620000100/ANA... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2000/... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2000/... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2007/11/... http://news.chosun.com/svc/content_view/content_vi... http://www.fnnews.com/news/200011040518275915 http://article.joins.com/news/article/article.asp?... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a...